HARDWARE

KENDALIAN LITAR

PENERANGAN LITAR TRIGGER

        Pada setiap port keluaran dari kad antaramuka 8255A akan disambungkan dengan penguat di mana ia akan menguatkan isyarat yang diberikan oleh 8255A supaya dapat mengoperasikan litar trigger. Litar trigger in terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut:-

  1. Transistor 2N2222
  2. Perintang 1Kohm
  3. Perintang 330Ohm
  4. LED
  5. Rellay switch (6V dan 12V)
  6. IC7812
  7. Transformer 240VAC – 12VAC

        Isyarat yang diterima daripada port A, B ataupun C dari 8255A adalah bernilai lebih kurang 3V-4V(keadaan high iaitu berlogik ‘1’) dan ini adalah tidak mencukupi untuk menjanakan dan mengoperasikan perkakasan elektrik yang memerlukan bekalan kuasa setinggi 240VAC. Dengan itu, satu litar tambahan akan digunakan untuk menguatkan voltan 3V-4V kepada 240V agar dapat diberikan bekalan kuasa kepada perkakasan elektrik.

        Litar mengandungi tiga bahagian utama iaitu bahagian pertama ialah di mana input 3V-4V dari 8255A sama ada dari port A, B ataupun C kepada rellay switch 6V, bahagian kedua ialah di mana bekalan kuasa luar (240 V) mengawal rellay switch 12V dan bahagian ketiga pula ialah bahagian soket alur keluar disambungkan kepada litar keseluruhannya.

 

Bahagian Pertama

        8255A akan memberikan satu isyarat 3V-4V(high state – iaitu berlogik ‘1’) dari port A, B atau C untuk mengawal rellay switch 6V. Pin 6(port A) dari 8255A akan mengawal rellay switch 1, pin 31(port B) untuk mengawal rellay switch 2 dan pin 17(port C) untuk mengawal rellay switch 3. Apabila output dari port-port dibekalkan kepada litar, LED akan menyala dan rellay switch yang ‘normally off’ akan di’on’kan. Dengan itu, satu bekalan kuasa setinggi 12VDC dari litar bekalan kuasa luar( iaitu dari transformer) akan disalurkan ke konduktor rellay 6V dan seterusnya ke litar kedua. Pin 40 merupakan pin untuk +12V dan pin 1 untuk ground. Oleh sebab, konduktor rellay 6V ini tidak mampu untuk menampung bekalan kuasa setinggi 240VAC, maka rellay 6V ini hanya digunakan sebagai pengasing antara litar voltan tinggi dengan litar voltan rendah. Iaitu satu bekalan 12VDC akan disalurkan melalui rellay 6V untuk mengawal rellay 12VDC, 240AC.

 

 wpe22.jpg (21129 bytes)

  

Bahagian Kedua

            Transformer 240Vac ke 12Vac akan digunakan untuk menurunkan bekalan 240Vac dari punca luar kepada 12Vac untuk dibekalkan kepada litar. Satu bridge rektifier akan digunakan untuk menukarkan voltan ulang-alik kepada voltan terus yang bernilai ± 12Vdc. Kemudian IC7812 digunakan untuk menstabilkan voltan terus tersebut kepada nilai 12Vdc. Rellay switch 6V yang dalam keadaan on akan membolehkan arus mengalir ke rellay switch 12V untuk meng’on’kannya. Rellay switch 12V juga pada mulanya adalah dalam keadaan ‘normally off’. Litar yang digunakan ini adalah seperti satu bekalan kuasa yang ringkas di mana tujuan utamanya ialah untuk mengawal rellay switch 12V.

wpe23.jpg (12109 bytes)

  

Bahagian Ketiga

            Bahagian ini ialah di mana bekalan kuasa 240Vac akan dibekalkan kepada perkakasan elektrik yang hendak digunakan. Dalam litar ini, rellay 12V ini adalah bertindak sebagai suis automatik untuk mengawal bekalan 240VAC. Rellay switch 12V yang dalam keadaan on akan membolehkan voltan dibekalkan kepada soket alur keluar yang seterusnya boleh digunakan untuk membekalkan kuasa kepada perkakasan elektrik.

wpe24.jpg (12391 bytes)